Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia sentiasa memandang ke hadapan dari sudut teknologi bagi membawa warisan kesenian dan kebudayaan agar tidak di telan rakus dek kecanggihan teknologi masa kini. Ruangan ini adalah bertujuan memaparkan detik-detik kemanisan prihal usaha Unit Kebudayaan membangun dan memperjuangkan seni warisan bangsa. Terima kasih kerana melawat laman ini.
KUNJUNGAN BUDAYA KASIH SERUMPUN 2007
Kami telah berjaya mengadakan satu program lawatan sambil belajar ke Universitas Medan Area (UMA) dan Universitas Sumatera Utara (USU) di Medan, Indonesia selama 4 hari. Objektif program lawatan ini adalah untuk memperkenalkan Kebudayaan Malaysia khususnya Kensenian Negeri Sembilan, di samping berdiskusi dan bertukar-tukar fikiran mengenai kebudayaan dan kesenian Rumpun Melayu Nusantara. Secara tidak langsung bertindak sebagai Duta Kecil Kebudayaan Malaysia dalam memperkenalkan Kebudayaan Negeri Sembilan sempena Tahun Melawat Malaysia di Medan, Indonesia. Kami amat berterima kasih kepada para budiman yang telah memberi sokongan tidak kira dari sudut penajaan mahupun sokongan moral.
Professor Dato' Dr. Asin bin Dollah, Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (kiri) bersama Professor Dr. Ali Yaakob Mantondang, Rektor Universitas Medan Area (kanan).

No comments:
Post a Comment