Bengkel ini sangat membantu ahli teknikal dan juga para performer atau dikenali sebagai artis dalam meluaskan ilmu di atas dan di belakang pentas secara teori mahupun praktikal. Kami amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Professor Dr. Mohammad Hj. Alias selaku Timbalan Rektor bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia ke atas kesudian beliau bagi meluangkan masa untuk merasmikan dan menyokong padu program Bengkel Pengurusan Seni yang telah bertempat di Dewan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kesemua peserta adalah dari kalangan pelajar tahun 1 dan 2 dan dikendalikan oleh fasilitator dari tahun 3 yang telah berpengalaman dalam bidang teknikal di ketuai oleh En. Erman bin Yahya Pengarah Kumpulan Pengurusan Seni 2005/2006 dari Fakulti Syariah dan Undang-undang dan di bawah tunjuk ajar En. Ismail Ahmed, Pegawai Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia.
Saat ku tiba di pesisiran pantai, ku lompat ke jalan yang berlopak. Ku panjat tangga bergoyang, pusing dan pusing, langkah ku semakin goyah, lantaran ku unjurkan kaki ku yang lesu, tanpa ku sedari, sepasang tangan yang kasar telah menyentapku, agar tidak ku leka dengan kelayuan. Kini dengan tunjuk ajar orang yang menyayangi ku, aku berjaya menjadi insan yang berguna untuk nusa dan bangsa. Dahulunya aku cuma belajar dari sudut teori, sering di pakasa untuk berusaha, tapi kini semakin gah dengan praktikal. Aku mampu bekerja demi diriku sendiri. Ku berpaut dengan kekuatan yang sedia ada, teman? Ya, teman. Mereka yang bersama ku dalam mencari makna kehidupan. Nah!!! Inilah dia. Kami kenal perit jerih untuk memberi keselesaan kepada mereka. Mereka yang tidak pernah kami kenali sama sekali. Dahulunya mereka melihat kami lirik, tapi kini menonton kami selaku hero. Walau kami sering dibelakang tabir, namnn mereka mula sedar, tanpa kami tabir pun tidak mampu didirikan. Inilah usaha kami, Ahli Kumpulan Pengurusan Seni menyediakan kuasa momentum tenaga teknikal yang telah lama di cari oleh pihak USIM dan kami telah lahirkan legasi dan generasi yang mampu memberi kekuatan yang padu demi menjaga nama baik Universiti Sains Islam Malaysia selaku performer terbaik.
Wajah yang sentiasa manis walaupun sewaktu bekerja keras demi membantu pembangunan Kumpulan Pengurusan Seni. Dari kiri Hairul Azhar Isa, Abdul Halim Paijalah, Fadlyis Shaqqur Hazrani, Jasa Johan. Dari Belakang, Erman Yahaya dan Zuriani Abd. majid.
No comments:
Post a Comment